My Chapter ♥
Friday, 20 March 2015
UiTM SHAH ALAM & PUNCAK ALAM
Hai everyone, hihi now lets continue my second story for year 2015
Tapi sebelum tu rasanya masih tak terlambat lagi kan kalau zana nak ucap Selamat Tahun Baru dekat semua. "HAPPY NEW YEAR EVERYONE!! " My hope for all of you is i hope this year 2015 will gonna be your best year to improve yourselves okay ^-^
Now apa yang zana nak share dekat korang sekarang ni adalah pasal my study..
Yelah before ni zana asyik cerita pasal dah habis Diploma je kan so now zana nak cerita yang zana sekarang ni dah masuk degree dah tau. Alhamdulillah. hihi
Degree ni zana dapat course yang totally memang menyimpang habis lah dengan course yang zana ambik time dekat Diploma dulu. Kalau dulu zana belajar pasal buku,muzium, rekod & library, now zana banyak pulak belajar pasal business. Hooo agak-agak korang course apa yang zana dapat?? haha zana dapat course marketing. Bunyi macam krik krik je kan tapi... haa ada tapi dia, walaupun course tu nampak simple. Bunyi macam gitu-gitu je, xsesedap macam doctor, architecture, engineer and so on (No fence ok) hehe tapi zana still rasa bersyukur sebab semua course yang zana ambil & dapat peluang kerja dia sentiasa meluas. Takde yang tak boleh. Kalau fikirkan logik setiap barang yang wujud sekarang ni agak-agaknya la kan kalau takde marketers yang handle rasanya susah juga kan kita nak market kan betul tak. So macam tu lah cerita dia. :) Bagi zana, walau apapun course yang kita dapat kita sepatutnya kena bersyukur dengan Yang Esa sebab apa yang kita dapat tu kita tak tahu masa depan kita macam mana. Mungkin benda yang kita dapat tu lah yang sebenarnya baik untuk kita dan mungkin yang kita nak itulah yang kurang baik untuk kita. Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan :')
Orite sem zana yang pertama, zana dapat UiTM dekat Shah Alam. Duduk dekat sana memang seronok!! Kolej dia pulak memang superb. Cuma bila nak ke kelas, kita kena jalan kaki sikit pergi ke padang kawat then kena tunggu bas UiTM. Lepas tunggu tu, bas-bas UiTM ni pula lah yang akan bawa kita pergi ke fakulti masing-masing. But you all don't have to worry, bas dekat UiTM Shah Alam sentiasa ada untuk korang. Every 10 minutes akan ada lagi bas yang akan pick up korang. best right!! hihi
Next sem nya pula, hmm zana kena berpindah ke UiTM Puncak Alam atas sebab UiTM Shah Alam nak dijadikan tempat untuk student Master and PHD sahaja. So kiranya tak lama lagi UiTM Puncak Alam akan jadi "Main" la kan menggantikan UiTM Shah Alam yang selama ni bertahun-tahun jadi as a main untuk semua UiTM. Bagus lah camtu. :)
So siapa kata duduk dekat UiTM Puncak Alam ni tak best? fuhhh silap kata la begitu right
hehe sebab dari pengalaman zana lepas duduk hampir 1 tahun dekat palam ni, rasanya takde sebab yang kuat untuk zana katakan yang Palam ni tak best. Bagi zana walaupun keliling dia hutan je and nak pergi beli makanan pun jauh, tempat tinggal jauh, nak ke UiTM lagi la jauh ke dalam tapi still best. I love nature and i also love quite places and not so crowded. (Pencinta alam la kononnya) hihi ^^ Duduk dekat Palam sebenarnya banyak bagi zana pengalaman di samping kenangan. Kawan pun ramai yang baik-baik. tak rasa rugi as long as ada orang disisi kita bagi support & so on. Love them all so much <3 So bagi student UiTM Palam, korang jangan rasa rugi ok. sesekali tak dapat tengok wayang, berkaraoke, shopping & so on apa lah salahnya right. Bukan senang kita nak dapat tengok betapa Indahnya ciptaan Allah dengan keadaan dunia sekarang ni. So appreciate alam yang ada sekarang ni ok. Nescaya anda tidak akan rasa rugi ^-^
Sakitnya tuh di sini
Hai everyone.. :)
Lama rasanya zana tak update blog ni kan and zana rasa mesti ada juga yang tak sabar-sabar nak tunggu zana update blog ni. hehe Kalau ada, i feel very grateful to those who yang always visit my blog ^^
Ok now lets kita kembali pada topik zana which is "sakitnya tu di sini"
Why zana pilih topik ni? Haaaa sebab, sebab adalah bersebabnya.. hehe setiap benda yang wujud, takkan xde sebabnya betul x? orite lets we begin our story..
Ceritanya macam ni, actuallynya zana dengan bf zana dah kembali break off. Rasanya nak dekat 5 bulan setengah dah kot kitaorang break off. Sebab dia???
Hurmm macam biasa la.. Zana pun dah malas nak ingat lagi pasal apa yang jadi cuma yang zana nak share dekat sini is apa yang jadi lepas kami break off.
Lepas kami break off, zana bawa diri zana, dia pun bawa diri dia dan baru-baru ni my girl friend (Kawan rapat) ada contact dengan dia tanya-tanya kabar dia semua. My ex layan my friend ni macam biasa je like friend to friend. Tapi korang jangan salah faham, zana takde rasa jealous langsung pun diaorang nak berwhassap ke nak bersayang-sayang n what so ever. Past is past. Istilah jeles or suka or sayang tu memang takde dah dalam kamus hidup zana :') Zana pun dah malas nak fikir pasal dia, jaga hati dia semua. Perasaan dekat my ex tu lagi la, langsung takde dah. (0%) tak tinggal apa dah hihi Tapi apa yang menyebabkan "sakitnya tu di sini" bila my ex tak datang wedding abang zana baru-baru ni (15/3/2015) alasan ayah dia busy and paling best dia tak inform pun dengan kita. Dia inform dekat kawan gurl zana je.
My gurl friend kalau pape akan tunjuk whassap dia dekat zana, zana tau kawan zana ni nak bersikap jujur. Dia try nak tunjukkan dekat zana yang dia takde pape dengan my ex just sekadar kawan je. Zana appreciate apa yang my friend ni buat tapi jujurlah zana cakap zana tak kisah langsung pun if one day they were together as a couple. I'm truly happy for that :') Jodoh semua di tangan Allah. but yang buatkan hati ni sakit bukan sebab relationship diaorang tapi bila my ex guna ayat-ayat romantik yang dia sendiri tak pernah nak cakap langsung dekat kita time kitaorang ada apa-apa dulu. hahaha part tu paling sedih. Selama ni kita tegur dia pasal tu, dia mesti akan jawab
"Saya tak pandai lah nak romantik2 camtu. Tak perlu nak jadi macam couple lain." Tapi bila kitaorang dah break off Ohh! bukan main lagi ko mengayat baik kawan aku an!!! Sedih...... sedih sangat bile tengok dia jadi camtu. For me, he is not matured lagi and he will never be matured like the other guys. Sebab tu zana lebih rela break off dengan dia. Sekurang-kurangnya zana takde rasa terbeban lagi dengan perangai dia. Zana tahu zana pun ada kurang nya juga. Banyak kurangnya (Eceh sedar diri ko pun zana) hihi >_< tapi zana always je terima kekurangan dia but dia tak pernah pun nak nampak benda tu. Dia cuma suke fikirkan pasal DIRI DIA, DIRI DIA, DIRI DIA and KAWAN DIA. Kalau camtu ko tak payah mengorat & mengayat aku dari dulu kalau ko tak pernah ada rasa nak ambil berat pasal aku and fikir nak jadikan aku yang halal untuk kau. Aku ni bukan patung yang boleh kau buat main- main. I have feeling too okay. hurmm Geram!! memang geram.. Kalaulah zana boleh undurkan balik masa, zana lagi rela kalau zana tak pernah kenal dia. Sebab kenal dia macam Ibarat kita pilih buah epal yang nampak cantik dekat luar, tapi bila kita nak makan rupa-rupanya ada banyak ulat dekat dalam. Sebab before dia approach zana, ramai kawan lelaki zana yang baik2 approach zana juga tapi yang zana tak faham sampai sekarang kenapa dia??? kenapa zana tak pilih orang lain je dulu. haiii tula orang kata bila hati dah sayang, semuanya jadi buta -.-
Apa-apapun bagi zana lah setiap apa yang berlaku dekat zana ni, sebenarnya membuatkan zana jadi lagi kuat & tabah untuk harungi rintangan zana pada masa akan datang. Zana cuba jadikan ini sebagai satu pengalaman yang manis & pahit. So lepas ni bila zana nak pilih someone untuk zana jadikan sebagai bakal suami zana, zana kena tau dulu orang tu macam mana. How much he love me, how much he cares about me, perangai dia, & so on. No more pilih sebab dia tu nampak baik lah, nerd lah. And that's why la sampai sekarang zana still single. Bagi zana hidup berkeluarga ni bukan benda untuk kita pandang remeh. Banyak benda kita nak kena jaga dengan dia as a husband. :)
Walaupun sekarang ni my ex dah takde dekat sisi zana lagi, zana still rasa ok + boleh teruskan hidup macam biasa. (lagi Happy kot) hihi Takde rasa terkesan pun dengan apa yang berlaku cuma bila jadi macam yang zana ceritakan tadi tu je yang buatkan zana sikit rasa sedih. Takpelah Kumbang bukan seekor right. Kita hilang dia, akan hadir kumbang yang berganda-ganda lagi baik dari dia. InshaAllah.. Doakan yang terbaik untuk zana ea semua :') LOVE YOU ALL
Monday, 11 November 2013
NAK kerja ke TAK NAK Kerja ea??
Assalamualaikum semua.....
Untuk cerita hari ni, sebenarnya zana tengah betul-betul dalam dilema. Tak tahulah either nak kerja ke tak nak kerja. Kalau kerja, takut-takut nanti tak dapat nak ikut family pergi bercuti + jumpa kawan-kawan sebab for sure lepas dah kerja nanti, mesti tak kan dapat cutinya. Family zana pula sekarang ni paling susah nak berkumpul. Sampai je masa nak berkumpul, mesti tak kan pernah cukup. Seorang dengan kerjanya, seorang dengan diplomanya, seorang lagi dengan degreenya. Nak tunggu diaorang cuti serentak, memang tak pernah dapat la kan. huhu :'( sedihnya.. Tapi kalau tak kerja pula, macam mana nak cari duit poket right. Diploma pun dah habis. huhuhu :'( Macam mana ni??? pening dah kepala zana ni nak memikirkannya. Korang ada pape advice tak untuk zana? Manalah tau dengan nasihat yang korang semua bagi, sedikit sebanyak boleh membantu zana buat keputusan. :)
*Menunggu nasihat dari korang semua... hihi
TUDUNG oh TUDUNG
Hai semua.. :) How are you today? fine? Zana pun dekat sini sihat alhamdulillah.
Contoh design Selendang masa kini
*Copyright from Google Image
*Copyright from Google Image
Contoh tudung Bawal masa kini
Ok berbalik kepada cerita kita hari ni, actuallynya zana nak berkongsikan serba sedikit dengan wanita-wanita diluar sana mengenai tudung. Seperti mana yang kita tahu, zaman kita ni aja dah ada BERmacam-macam jenis design tudung tak kira lah dari jenis selendang ke, jenis sarung ke atau jenis bawal dan setiap jenis tudung ni pasti mempunyai daya tarikan mereka yang tersendiri dan cara pemakaiannya juga. Tapi... haaa ada tapi nya. ^_^ Tapi apa ea? Tapi dia, walau apapun jenis tudung yang kita pakai, ia mestilah menepati dengan syariat islam iaitu menutupi bahagian dada. Janganlah kita (wanita) terlampau mengikut atau taksub dengan dunia fesyen, sampai lupa niat kita yang sebenarnya untuk bertudung. Kita bertudung ini kerana Allah, bukan sebab nak nampak cantik di mata orang lain.
Berdasarkan pemerhatian zana di akaun Facebook baru-baru ni, setiap kali zana buka je mesti akan ada orang yang bercerita mengenai Butik tudung inilah, butik tudung itulah lagi-lagi pasal design tudung diaorang yang tidak mengikut syariat islam. Ok memang diaorang jual tudung yang tidak mengikut syariat islam, tapi kenapa kita sebagai seorang muslim tidak cuba untuk menegur mereka dengan cara yang baik. Manalah tau kan dengan cara tegur itu, mampu membuka hati penjual untuk melabuhkan tudung-tudung yang mereka jual. Tak salah right? :) dan kenapa mesti kita sebagai seorang muslimah membeli dan memakai tudung sebegitu, sedangkan kita dah tau mana yang buruk dan mana yang baik. Kita diberikan akal oleh Allah SWT agar kita berfikir. Jangan sesekali kita menceritakan mengenai keburukan butik tu, butik ni sedangkan dekat luar sana pun ada banyak lagi orang yang menjual tudung sebegitu. Bak kata pensyarah zana, pandang diri kita dulu sebelum nak pandang orang lain. Pucuk pangkal diri kita sendiri. Kita yang sebenar-benarnya menentukan tudung macam mana yang kita nak beli dan pakai. Tak salah sebenarnya kita nak berfesyen. Nak pakai cara apa pun pakailah, janji kita mengikut kepada syariat islam. Islam adalah agama yang mudah. Selagi kita mengikut syariat islam, tak kan ada masalah untuk memakai apa jua jenis tudung. ok :')
Contoh design Selendang masa kini
*Copyright from Google Image
Contoh design Tudung Sarung masa kini
*Copyright from Google Image
Contoh tudung Bawal masa kini
*Copyright from Google Image (Sekadar hiasan)
Friday, 25 October 2013
Dunia masa kini perlu sentiasa berjaga-jaga~
Hai semua.. :) ok topik kita hari ni berkenaan "dunia masa kini."
Seperti mana yang korang semua tahu, especially yang rajin tengok news and baca surat khabar lately ni asyik terpampang je cerita mengenai kes pembunuhan, tembak menembak dan sebagainya. Bahaya right?? Fuhh zana pun rasa macam tu juga. Lagi-lagi bila kes pembunuhan yang paling terbaru ni berlaku betul-betul dekat area rumah zana. :O Siapa yang tak gerunkan bila ada kes berlaku dekat area rumah kita sendiri. Semua orang mesti akan ada rasa takut untuk keluar rumah & macam-macam lagi perception about that.
Haa kes apa tu? ok kes ni melibatkan seorang lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai mengalami sedikit masalah mental. Tapi ada juga yang zana dengar, lelaki ni dia ada mengamalkan ilmu. Oleh sebab tak boleh nak handle ilmu dia, dia pun jadi kurang waras & main tikam je sesiapa yang dia nampak. In other meaning main tikam randomly. Mula-mula dia tikam 2 wanita dekat area LRT Gombak dan menyebabkan diaorang tercedera, selepas itu dia tikam seorang lelaki dekat area LRT Taman Melati dan terus maut di tempat kejadian. Kemudian dia pergi lagi tikam seorang pelajar lelaki TAR college dengan 5 tikaman bertubi-tubi dan pelajar tu pun maut juga di tempat kejadian.
Ok moral of this story is ke mana perginya rasa keimanan kita sebagai seorang manusia yang beragama islam dan ke mana perginya rasa kewarasan kita sebagai seorang manusia terhadap manusia yang lain. Demi duit, kita sanggup membunuh orang yang tak berdosa. Demi nafsu, kita sanggup lakukan benda yang salah di sisi Allah sehingga berani untuk menculik, merogol dan membunuh insan yang lemah dan tidak berdosa.
Dunia zaman sekarang ni, semua manusia cuma ingin mengejar hal-hal duniawi je sampai terlupa untuk mengejar hal di akhirat kelak. Untuk apa kita kejar semua benda tu. Duit??? setakat mana je kita boleh bawa duit tu. Di akhirat kelak, semua tu tak kan dapat membantu kita pun. Yang dapat membantu kita hanyalah "Amalan" kita semasa hidup di dunia ni. Cukup-cukuplah kejar semua benda tu. Kaya mana pun kita, Miskin mana pun kita, yang ada di dunia ini hanyalah sementara. Yang kekal hanyalah di atas sana. Banyak mana pun duit yang kita dapat, lama-lama akan habis juga. So what for kita kejar semua benda tu. Kalau ada duit lebih, jangan kita lupa untuk sedekahkan kepada yang lebih memerlukan. Banyak pahala yang kita boleh dapat dari sedekah.
*Ingat muslimin dan muslimat sekalian.... Hidup kita cuma sekali, jangan sesekali kita membuang masa untuk benda yang tidak sepatutnya. Jangan anggap umur kita ini panjang baru kita nak bertaubat, sebab ajal, maut, jodoh hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui segalanya. Bertaubatlah wahai saudara seislamku sekalian sementara ada masa sedikit ini, Allah Maha Mengampuni umat-umatnya tidak kiralah sebesar mana dosa yang telah dibuat sewaktu di dunia.. InshaAllah :')
Mulakan Hidup Baru Dengan Membuka Buku Baru ~
Hai everyone.. :)
Oh ye sebelum ni, zana ada cerita pasal my friends right. Ok now zana nak cerita pasal guy yang zana pernah ceritakan dulu pula. His name is .......... (Still secret) Sorry!! hihi
Orite let's begin our story.. Jeng jeng jeng
My story begin when : I get back with him again. Feeling shock right? hmmm tapi itulah hakikat yang sebenarnya. :) Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa zana kembali dekat dia. Jujur zana cakap, semua tu ada sebabnya. I' ve try my best to move on but i still can't do that. Mungkin Allah masih tak mengizinkan zana lagi nak buat macam tuh kot. Lagipun rasa sayang tu dah kuat sangat dah. Zana sendiri pun tak tahu kenapa zana susah sangat nak cari someone else. Banyak kali zana berdoa selepas solat, minta petunjuk daripada Allah pasal ni. Doa yang selalu zana amalkan selepas solat :
"Ya Allah Ya Tuhanku.. Andai kata dia (sebut nama) bukanlah jodoh yang terbaik untukku, maka kau (Allah) jauhkan lah dia dari ku dan hilangkan segala kenangan kami bersama buat selama-lamanya. Tapi andai kata dialah jodoh yang terbaik untuk ku yang telah kau (Allah) pilih untuk menjadi imamku, maka kau (Allah) dekatlah dia denganku dengan rasa cinta dan sayang yang kuat dengan membawaku ke jalan yang halal. Amin... "
Sekiranya ada yang ingin dapatkan jodoh terbaik, bolehlah cuba doa ni ok. Tak rugi pun kalau kita nak mencuba sesuatu yang boleh memberikan kita manfaat di samping membawa kita untuk sentiasa mengingati dan mendekatkan diri kita dengan Allah SWT.. :') Zana pun banyak belajar dari ustaz dan ustazah + tengok rancangan2 islam. Alhamdulillah buat masa ni, zana banyak nampak jalan untuk zana.
Tapi macam mana pun zana berharap sangat lepas ni kitaorang boleh get along together, saling faham memahami, boleh bertolak ansur, jujur antara satu sama lain, takde simpan apa2 rahsia, sentiasa mengambil berat with each other, terima kekurangan dan kelebihan masing-masing seikhlasnya, setia, tidak curang dengan orang lain, tak menipu dan paling penting sekali sentiasa ingat kepada Allah & buat kewajipan-Nya. InshaAllah... Dia pun zana nampak dah ada banyak perubahan yang baik-baik. So zana harap, lepas ni dia dapatlah kekalkan benda tu. Hmmm actuallynya zana risau juga sebenarnya. Takut dia cepat terpengaruh dengan persekitaran tak sihat. Lagipun dia jauh dari zana kan :') Tapi itulah gunanya "TRUST" right.. hihi
*Tangan kanan takkan boleh bertepuk kalau takde tangan kiri bertemu dengannya. In other meaning....
One day ~ InshaAllah ♥♥♥
Me and him.. Love u so much dear :')
Thursday, 24 October 2013
Miss My UiTM Friends A Lot... SOB SOB :'(
Ok honestly memanglah hati ni rasa seronok sangat sebab dah habis diploma, but still in my mind, i'll always thinking about My Friends :O Hmmm friends??? Yep friends... friends yang sentiasa ada di waktu zana susah & senang. Friends yang selalu ada bersama-sama zana waktu nak pergi ke kelas. Friends yang selalu ada dengan zana waktu nak makan. Seriously zana rindu sangat dengan diaorang semua. Bila dah duduk dekat rumah ni, baru terasa rindunya. Lagi-lagi lepas habis diploma ni, masing2 akan bawa diri. Maybe some of them, ada yang kerja full-time and maybe ada yang busy dengan hal sendiri. Hurmm rasanya bila lah kitaorang boleh kumpul balik macam dekat UiTM dulu ea? Peratus nak kumpul balik macam dulu tu, rasanya macam 50/50 je... :(
Kenapa zana cakap macam tu? Sebab dulu pun zana pernah ambil short course dekat PTPL College area Ampang and mostly kawan-kawan zana dekat situ, susah nak kumpulkan balik. Sampai waktu kitaorang decide nak buat reunion je, mesti tak kan cukup. Biasanya 5 ke 6 orang je yang dapat kitaorang kumpulkan. So that's why la zana cakap 50/50.. Masing-masing ada hal sendiri yang perlu diuruskan even zana sendiri pun ada hal yang perlu diuruskan. Tapi
takpelah, kita kena yakin yang satu hari nanti kita akan berjumpa juga sekiranya diberi keizinan daripada Yang Maha Esa. InshaAllah.. I gonna Miss U Guys A Lot :')
Kenangan Bersama Sara, Ainur, Pija, Kak Bai, Amira, Ain, Roommates
(Mira, Syafiqah, Zaty, Aby, Nopy, Hanis, Kak Ju, Ima, & Aisya)...♥
Roommates since Part 1- Part 2
Roommates since Part 2- Part 5
My UiTM Friends... :')
We are the 7 (Sahabat paling rapat) ~ ^.^ hihi
*Walaupun banyak kenangan pahit yang telah dilalui, tapi dari kenangan pahit
itulah yang menjadi kemanisan dalam ingatan sehingga ke hari ini..
InshaAllah walau apa jua yang terjadi, kita tetap
"SAHABAT SELAMANYA"
Merekalah "Anugerah" zana yang paling terindah until Jannah.. Love u guys <3
Subscribe to:
Posts (Atom)