Friday, 25 October 2013

Dunia masa kini perlu sentiasa berjaga-jaga~


Hai semua.. :) ok topik kita hari ni berkenaan "dunia masa kini."

Seperti mana yang korang semua tahu, especially yang rajin tengok news and baca surat khabar lately ni asyik terpampang je cerita mengenai kes pembunuhan, tembak menembak dan  sebagainya. Bahaya right?? Fuhh zana pun rasa macam tu juga. Lagi-lagi bila kes pembunuhan yang paling terbaru ni berlaku betul-betul dekat area rumah zana. :O Siapa yang tak gerunkan bila ada kes berlaku dekat area rumah kita sendiri. Semua orang mesti akan ada rasa takut untuk keluar rumah & macam-macam lagi perception about that.
Haa kes apa tu? ok kes ni melibatkan seorang lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai mengalami sedikit masalah mental. Tapi ada juga yang zana dengar, lelaki ni dia ada mengamalkan ilmu. Oleh sebab tak boleh nak handle ilmu dia, dia pun jadi kurang waras & main tikam je sesiapa yang dia nampak. In other meaning main tikam randomly. Mula-mula dia tikam 2 wanita dekat area LRT Gombak dan menyebabkan diaorang tercedera, selepas itu dia tikam seorang lelaki dekat area LRT Taman Melati dan terus maut di tempat kejadian. Kemudian dia pergi lagi tikam seorang pelajar lelaki TAR college dengan 5 tikaman bertubi-tubi dan pelajar tu pun maut juga di tempat kejadian. 

Ok moral of this story is ke mana perginya rasa keimanan kita sebagai seorang manusia yang beragama islam dan ke mana perginya rasa kewarasan kita sebagai seorang manusia terhadap manusia yang lain. Demi duit, kita sanggup membunuh orang yang tak berdosa. Demi nafsu, kita sanggup lakukan benda yang salah di sisi Allah sehingga berani untuk menculik, merogol dan membunuh insan yang lemah dan tidak berdosa.

Dunia zaman sekarang ni, semua manusia cuma ingin mengejar hal-hal duniawi je sampai terlupa untuk mengejar hal di akhirat kelak. Untuk apa kita kejar semua benda tu. Duit??? setakat mana je kita boleh bawa duit tu. Di akhirat kelak, semua tu tak kan dapat membantu kita pun. Yang dapat membantu kita hanyalah "Amalan" kita semasa hidup di dunia ni. Cukup-cukuplah kejar semua benda tu. Kaya mana pun kita, Miskin mana pun kita, yang ada di dunia ini hanyalah sementara. Yang kekal hanyalah di atas sana. Banyak mana pun duit yang kita dapat, lama-lama akan habis juga. So what for kita kejar semua benda tu. Kalau ada duit lebih, jangan kita lupa untuk sedekahkan kepada yang lebih memerlukan. Banyak pahala yang kita boleh dapat dari sedekah.

*Ingat muslimin dan muslimat sekalian.... Hidup kita cuma sekali, jangan sesekali kita membuang masa untuk benda yang tidak sepatutnya. Jangan anggap umur kita ini panjang baru kita nak bertaubat, sebab ajal, maut, jodoh hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui segalanya. Bertaubatlah wahai saudara seislamku sekalian sementara ada masa sedikit ini, Allah Maha Mengampuni umat-umatnya tidak kiralah sebesar mana dosa yang telah dibuat sewaktu di dunia.. InshaAllah :')




Mulakan Hidup Baru Dengan Membuka Buku Baru ~


Hai everyone.. :)

Oh ye sebelum ni, zana ada cerita pasal my friends right. Ok now zana nak cerita pasal guy yang zana pernah ceritakan dulu pula. His name is .......... (Still secret) Sorry!! hihi

Orite let's begin our story.. Jeng jeng jeng

My story begin when : I get back with him again. Feeling shock right? hmmm tapi itulah hakikat yang sebenarnya. :) Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa zana kembali dekat dia. Jujur zana cakap, semua tu ada sebabnya. I' ve try my best to move on but i still can't do that. Mungkin Allah masih tak mengizinkan zana lagi nak buat macam tuh kot. Lagipun rasa sayang tu dah kuat sangat dah. Zana sendiri pun tak tahu kenapa zana susah sangat nak cari someone else. Banyak kali zana berdoa selepas solat, minta petunjuk daripada Allah pasal ni. Doa yang selalu zana amalkan selepas solat :

 "Ya Allah Ya Tuhanku.. Andai kata dia (sebut nama) bukanlah jodoh yang terbaik untukku, maka kau (Allah) jauhkan lah dia dari ku dan hilangkan segala kenangan kami bersama buat selama-lamanya. Tapi andai kata dialah jodoh yang terbaik untuk ku yang telah kau (Allah) pilih untuk menjadi imamku, maka kau (Allah) dekatlah dia denganku dengan rasa cinta dan sayang yang kuat dengan membawaku ke jalan yang halal. Amin... " 

Sekiranya ada yang ingin dapatkan jodoh terbaik, bolehlah cuba doa ni ok. Tak rugi pun kalau kita nak mencuba sesuatu yang boleh memberikan kita manfaat di samping membawa kita untuk sentiasa mengingati dan mendekatkan diri kita dengan Allah SWT.. :')  Zana pun banyak belajar dari ustaz dan ustazah + tengok rancangan2 islam. Alhamdulillah buat masa ni, zana banyak nampak jalan untuk zana. 

Tapi macam mana pun zana berharap sangat lepas ni kitaorang boleh get along together, saling faham memahami, boleh bertolak ansur, jujur antara satu sama lain, takde simpan apa2 rahsia, sentiasa mengambil berat with each other, terima kekurangan dan kelebihan masing-masing seikhlasnya, setia, tidak curang dengan orang lain, tak menipu dan paling penting sekali sentiasa ingat kepada Allah & buat kewajipan-Nya. InshaAllah... Dia pun zana nampak dah ada banyak perubahan yang baik-baik. So zana harap, lepas ni dia dapatlah kekalkan benda tu. Hmmm actuallynya zana risau juga sebenarnya. Takut dia cepat terpengaruh dengan persekitaran tak sihat. Lagipun dia jauh dari zana kan  :') Tapi itulah gunanya "TRUST" right.. hihi


*Tangan kanan takkan boleh bertepuk kalau takde tangan kiri bertemu dengannya. In other meaning....






One day  ~ InshaAllah 


Me and him.. Love u so much dear :')



Thursday, 24 October 2013

Miss My UiTM Friends A Lot... SOB SOB :'(

Ok honestly memanglah hati ni rasa seronok sangat sebab dah habis diploma, but still in my mind, i'll always thinking about My Friends :O Hmmm friends??? Yep friends... friends yang sentiasa ada di waktu zana susah & senang. Friends yang selalu ada bersama-sama zana waktu nak pergi ke kelas. Friends yang selalu ada dengan zana waktu nak makan. Seriously zana rindu sangat dengan diaorang semua. Bila dah duduk dekat rumah ni, baru terasa rindunya. Lagi-lagi lepas habis diploma ni, masing2 akan bawa diri. Maybe some of them, ada yang kerja full-time and maybe ada yang busy dengan hal sendiri. Hurmm rasanya bila lah kitaorang boleh kumpul balik macam dekat UiTM dulu ea? Peratus nak kumpul balik macam dulu tu, rasanya macam 50/50 je... :(

Kenapa zana cakap macam tu? Sebab dulu pun zana pernah ambil short course dekat PTPL College area Ampang and mostly kawan-kawan zana dekat situ, susah nak kumpulkan balik. Sampai waktu kitaorang decide nak buat reunion je, mesti tak kan cukup. Biasanya 5 ke 6 orang je yang dapat kitaorang kumpulkan. So that's why la zana cakap 50/50.. Masing-masing ada hal sendiri yang perlu diuruskan even zana sendiri pun ada hal yang perlu diuruskan. Tapi
takpelah, kita kena yakin yang satu hari nanti kita akan berjumpa juga sekiranya diberi keizinan daripada Yang Maha Esa. InshaAllah.. I gonna Miss U Guys A Lot :')


                Kenangan Bersama Sara, Ainur,  Pija, Kak Bai, Amira, Ain, Roommates
                      (Mira, Syafiqah, Zaty, Aby, Nopy, Hanis, Kak Ju, Ima, & Aisya)...


                          Roommates since Part 1- Part 2




                              Roommates since Part 2- Part 5







                                          

                                 My UiTM Friends... :')



























                         We are the 7 (Sahabat paling rapat) ~ ^.^ hihi 
                                          

                                                         


  *Walaupun banyak kenangan pahit yang telah dilalui, tapi dari kenangan pahit
    itulah yang menjadi kemanisan dalam ingatan sehingga ke hari ini..
    InshaAllah walau apa jua yang terjadi, kita tetap

                                                           "SAHABAT SELAMANYA"  

Merekalah "Anugerah" zana yang paling terindah until Jannah.. Love u guys <3
                                         

Alhamdulillah dah habis sem 5 Diploma !!! But Result??? GuLP :O

Hai muslimin dan muslimat yang zana hormati.. :)   Wah!! Rasanya dah lama sangat dah zana tak update blog ni kan..Tengok pun dah berhabuk dah. Heee Al maklum la lately ni zana takde masa nak update my own blog sebab terlampau busy dengan assignment yang menimbun-nimbun + final exam yang memang killer paper dia. Sighh (-.-) Tapi walau apapun zana masih bersyukur ke-hadrat illahi kerana masih memberi peluang untuk zana dan kawan-kawan menamatkan pelajaran Diploma In Information Management after more than 2 years we struggle together to achieve a good performance and good result in exam and assessment. Even though dah habis final sem tapi hati ni still lagi dalam keadaan tak tenang.. Kenapa??? Hmm sebab result untuk FinalExam tak keluar lagi, tu yang hati sentiasa rasa berdebar-debar tu. Yela siapa yang tak risau right, dengan 5 paper killernya. Fuhhhh... Paling risau sekali takut kena repeat paper balik. Grrrr sangat menakutkan rasanya bila fikir kena repeat lagi. That's why la banyak my friends cuma target lulus je. Tak ramai yang berani nak target A's lagi and so do i.. :D 

However, hidup mesti diteruskan juga. Yang penting kita jangan sesekali menyerah. Sentiasa berdoa kepada Allah supaya dapat keputusan terbaik + mampu untuk membuat parents kita tersenyum. Tu yang paling penting. Allah SWT sentiasa mendengar doa umatnya. So segala yang kita dapat, jangan sesekali kita lupa untuk mengucapkan rasa syukur (Alhamdulillah) kepada-Nya. Mungkin setiap yang kita perolehi itu yang terbaik untuk kita.InshaAllah


Remember that ok.. ^.^