Friday, 20 March 2015

UiTM SHAH ALAM & PUNCAK ALAM


Hai everyone, hihi now lets continue my second story for year 2015

Tapi sebelum tu rasanya masih tak terlambat lagi kan kalau zana nak ucap Selamat Tahun Baru dekat semua. "HAPPY NEW YEAR EVERYONE!! " My hope for all of you is i hope this year 2015 will gonna be your best year to improve yourselves okay ^-^

Now apa yang zana nak share dekat korang sekarang ni adalah pasal my study..
Yelah before ni zana asyik cerita pasal dah habis Diploma je kan so now zana nak cerita yang zana sekarang ni dah masuk degree dah tau. Alhamdulillah. hihi

Degree ni zana dapat course yang totally memang menyimpang habis lah dengan course yang zana ambik time dekat Diploma dulu. Kalau dulu zana belajar pasal buku,muzium, rekod & library, now zana banyak pulak belajar pasal business. Hooo agak-agak korang course apa yang zana dapat?? haha zana dapat course marketing. Bunyi macam krik krik je kan tapi... haa ada tapi dia, walaupun course tu nampak simple. Bunyi macam gitu-gitu je, xsesedap macam doctor, architecture, engineer and so on (No fence ok) hehe tapi zana still rasa bersyukur sebab semua course yang zana ambil & dapat peluang kerja dia sentiasa meluas. Takde yang tak boleh. Kalau fikirkan logik setiap barang yang wujud sekarang ni agak-agaknya la kan kalau takde marketers yang handle rasanya susah juga kan kita nak market kan betul tak. So macam tu lah cerita dia. :) Bagi zana, walau apapun course yang kita dapat kita sepatutnya kena bersyukur dengan Yang Esa sebab apa yang kita dapat tu kita tak tahu masa depan kita macam mana. Mungkin benda yang kita dapat tu lah yang sebenarnya baik untuk kita dan mungkin yang kita nak itulah yang kurang baik untuk kita. Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan :')

Orite sem zana yang pertama, zana dapat UiTM dekat Shah Alam. Duduk dekat sana memang seronok!! Kolej dia pulak memang superb. Cuma bila nak ke kelas, kita kena jalan kaki sikit pergi ke padang kawat then kena tunggu bas UiTM. Lepas tunggu tu, bas-bas UiTM ni pula lah yang akan bawa kita pergi ke fakulti masing-masing. But you all don't have to worry, bas dekat UiTM Shah Alam sentiasa ada untuk korang. Every 10 minutes akan ada lagi bas yang akan pick up korang. best right!! hihi

Next sem nya pula, hmm zana kena berpindah ke UiTM Puncak Alam atas sebab UiTM Shah Alam nak dijadikan tempat untuk student Master and PHD sahaja. So kiranya tak lama lagi UiTM Puncak Alam akan jadi "Main" la kan menggantikan UiTM Shah Alam yang selama ni bertahun-tahun jadi as a main untuk semua UiTM. Bagus lah camtu. :)

So siapa kata duduk dekat UiTM Puncak Alam ni tak best? fuhhh silap kata la begitu right 
hehe sebab dari pengalaman zana lepas duduk hampir 1 tahun dekat palam ni, rasanya takde sebab yang kuat untuk zana katakan yang Palam ni tak best. Bagi zana walaupun keliling dia hutan je and nak pergi beli makanan pun jauh, tempat tinggal jauh, nak ke UiTM lagi la jauh ke dalam tapi still best. I love nature and i also love quite places and not so crowded. (Pencinta alam la kononnya) hihi ^^ Duduk dekat Palam sebenarnya banyak bagi zana pengalaman di samping kenangan. Kawan pun ramai yang baik-baik. tak rasa rugi as long as ada orang disisi kita bagi support & so on. Love them all so much <3  So bagi student UiTM  Palam, korang jangan rasa rugi ok. sesekali tak dapat tengok wayang, berkaraoke, shopping & so on apa lah salahnya right. Bukan senang kita nak dapat tengok betapa Indahnya ciptaan Allah dengan keadaan dunia sekarang ni. So appreciate alam yang ada sekarang ni ok. Nescaya anda tidak akan rasa rugi ^-^








Sakitnya tuh di sini




Hai everyone.. :)
Lama rasanya zana tak update blog ni kan and zana rasa mesti ada juga yang tak sabar-sabar nak tunggu zana update blog ni. hehe Kalau ada, i feel very grateful to those who yang always visit my blog ^^


Ok now lets kita kembali pada topik zana which is "sakitnya tu di sini" 
Why zana pilih topik ni? Haaaa sebab, sebab adalah bersebabnya.. hehe setiap benda yang wujud, takkan xde sebabnya betul x? orite lets we begin our story.. 


Ceritanya macam ni, actuallynya zana dengan bf zana dah kembali break off. Rasanya nak dekat 5 bulan setengah dah kot kitaorang break off. Sebab dia???
Hurmm macam biasa la.. Zana pun dah malas nak ingat lagi pasal apa yang jadi cuma yang zana nak share dekat sini is apa yang jadi lepas kami break off.


Lepas kami break off, zana bawa diri zana, dia pun bawa diri dia dan baru-baru ni my girl friend (Kawan rapat) ada contact dengan dia tanya-tanya kabar dia semua. My ex layan my friend ni macam biasa je like friend to friend. Tapi korang jangan salah faham, zana takde rasa jealous langsung pun diaorang nak berwhassap ke nak bersayang-sayang n what so ever. Past is past. Istilah jeles or suka or sayang tu memang takde dah dalam kamus hidup zana :') Zana pun dah malas nak fikir pasal dia, jaga hati dia semua. Perasaan dekat my ex tu lagi la, langsung takde dah. (0%) tak tinggal apa dah  hihi Tapi apa yang menyebabkan "sakitnya tu di sini" bila my ex tak datang wedding abang zana baru-baru ni (15/3/2015) alasan ayah dia busy and paling best dia tak inform pun dengan kita. Dia inform dekat kawan gurl zana je.

My gurl friend kalau pape akan tunjuk whassap dia dekat zana, zana tau kawan zana ni nak bersikap jujur. Dia try nak tunjukkan dekat zana yang dia takde pape dengan my ex just sekadar kawan je. Zana appreciate apa yang my friend ni buat tapi jujurlah zana cakap zana tak kisah langsung pun if one day they were together as a couple. I'm truly happy for that :') Jodoh semua di tangan Allah. but yang buatkan hati ni sakit bukan sebab relationship diaorang tapi bila my ex guna ayat-ayat romantik yang dia sendiri tak pernah nak cakap langsung dekat kita time kitaorang ada apa-apa dulu. hahaha part tu paling sedih. Selama ni kita tegur dia pasal tu, dia mesti akan jawab 

"Saya tak pandai lah nak romantik2 camtu. Tak perlu nak jadi macam couple lain." Tapi  bila kitaorang dah break off Ohh! bukan main lagi ko mengayat baik kawan aku an!!! Sedih...... sedih sangat bile tengok dia jadi camtu. For me, he is not matured lagi and he will never be matured like the other guys. Sebab tu zana lebih rela break off dengan dia. Sekurang-kurangnya zana takde rasa terbeban lagi dengan perangai dia. Zana tahu zana pun ada kurang nya juga. Banyak kurangnya (Eceh sedar diri ko pun zana) hihi >_<    tapi zana always je terima kekurangan dia but dia tak pernah pun nak nampak benda tu. Dia cuma suke fikirkan pasal DIRI DIA, DIRI DIA, DIRI DIA and KAWAN DIA. Kalau camtu ko tak payah mengorat & mengayat aku dari dulu kalau ko tak pernah ada rasa nak ambil berat pasal aku and fikir nak jadikan aku yang halal untuk kau. Aku ni bukan patung yang boleh kau buat main- main. I have feeling too okay. hurmm Geram!! memang geram.. Kalaulah zana boleh undurkan balik masa, zana lagi rela kalau zana tak pernah kenal dia. Sebab kenal dia macam Ibarat kita pilih buah epal yang nampak cantik dekat luar, tapi bila kita nak makan rupa-rupanya ada banyak ulat dekat dalam. Sebab before dia approach zana, ramai kawan lelaki zana yang baik2 approach zana juga tapi yang zana tak faham sampai sekarang kenapa dia??? kenapa zana tak pilih orang lain je dulu. haiii tula orang kata bila hati dah sayang, semuanya jadi buta -.- 

Apa-apapun bagi zana lah setiap apa yang berlaku dekat zana ni, sebenarnya membuatkan zana jadi lagi kuat & tabah untuk harungi rintangan zana pada masa akan datang. Zana cuba jadikan ini sebagai satu pengalaman yang manis & pahit. So lepas ni bila zana nak pilih someone untuk zana jadikan sebagai bakal suami zana, zana kena tau dulu orang tu macam mana. How much he love me, how much he cares about me, perangai dia,  & so on. No more pilih sebab dia tu nampak baik lah, nerd lah. And that's why la sampai sekarang zana still single. Bagi zana hidup berkeluarga ni bukan benda untuk kita pandang remeh. Banyak benda kita nak kena jaga dengan dia as a husband. :)

Walaupun sekarang ni my ex dah takde dekat sisi zana lagi, zana still rasa ok + boleh teruskan hidup macam biasa. (lagi Happy kot) hihi Takde rasa terkesan pun dengan apa yang berlaku cuma bila jadi macam yang zana ceritakan tadi tu je yang buatkan zana sikit rasa sedih. Takpelah Kumbang bukan seekor right. Kita hilang dia, akan hadir kumbang yang berganda-ganda lagi baik dari dia. InshaAllah.. Doakan yang terbaik untuk zana ea semua :') LOVE YOU ALL